Selasa, 12 Ogos 2014

12hb Ogos 2014

Salam...

Tarikh keramat..tarikh yang menukarkan status bujangku ..7 tahun lepas..12hb Ogos 2007, selamatlah kami bernikah dan sah sebagai pasangan suami isteri...Walau tidak pernah menyambut ulangtahun perkahwinan..tapi tarikh ini akan sentiasa menjadi ingatan utk kami berdua..



Selepas 7 tahun bernikah, aku dikurniakan 2 orang permata hati, Abang Syahmi 5 tahun, Kakak Wawa 2 tahun...Inilah saham akhiratku..semoga aku dapat melaksanakan tangungjawab sebagai mama dengan sempurna..membesarkan kalian adalah amanah yang tidak ternilai dari Allah s.w.t..



Suka duka alam perkahwinan memang banyak..setiap dari mereka yang berumahtangga pasti akan melalui dan merasai pahit manis hidup bersama...semasa 'couple' lain caranya..sudah berumahtangga lagi berbeza..Namun atas dasar cinta semua itu mesti dapat diatasi..Toleransi dan bertolak ansur memang sgt2 diperlukan sesama suami isteri...



Ya Allah, kau berikan kami keberkatan hidup bersama, kemanisan berumahtangga, kesabaran dlm setiap perkara, keimanan dan ketakwaan kepadaMu...kenikmatan setiap masa..dan hanya Allah yang dapat memisahkan kami..iaitu kematian..Amin..